APA ITU KANSER MULUT?




#beatittogether





MINGGU KESEDARAN KANSER MULUT 2017

Minggu Kesedaran Kanser Mulut merupakan program yang diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kanser mulut.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di klinik-klinik pergigian termasuk:

i)   Saringan kanser mulut
ii)  Pameran kanser mulut
iii) Tayangan video kanser mulut

Jadi tunggu apa lagi? Kunjungi mana-mana klinik pergigian berhampiran sempena Minggu Kesedaran Kanser Mulut ini.


"Early Detection, Saves Lives!"



#beatittogether


PELANCARAN KOLABORASI KESIHATAN PERGIGIAN DAN AGAMA (KOA)
WP KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA 2017


PENGENALAN
Pelancaran kolaborasi kesihatan pergigian dan agama (KOA) telah dilaksanakan pada 17 Mac 2017 oleh Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato' Seri Dr Hilmi bin Hj Yahaya. Ramai rakyat Malaysia mengalami penyakit pergigian dan kebanyakan penyakit pergigian ini adalah penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup yang boleh dicegah apabila masyarakat diberikan pengetahuan untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Lantaran itu, salah satu strategi bagi mengurangkan beban penyakit pergigian di kalangan rakyat Malaysia adalah dengan mendidik mereka tentang amalan kesihatan pergigian dari aspek keagamaan melalui institusi agama seluruh negara.


KUMPULAN SASARAN
Golongan masyarakat yang mengunjungi masjid, warga masjid, JAKIM dan JAWI


RASIONAL
Penemuan dari beberapa kajian menunjukkan;
  1. Berdasarkan penemuan National Oral Health Survey for Adults (NOHSA) 2010, didapati masalah penyakit periodontik (gusi berdarah) di kalangan orang dewasa meningkat sehingga 94%.
  2. Dua (2) daripada tiga (3) orang dewasa yang memberi alasan utama tidak perlu berjumpa doktor gigi didapati:
    89% mempunyai karies (gigi berlubang)
    97% mempunyai penyakit periodontal (gusi bengkak, mudah berdarah seterusnya mengakibatkan gigi goyang)

Ini menunjukkan bahawa teknik promosi ini perlu diperluaskan lagi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan pergigian. Salah satu caranya adalah melibatkan badan-badan keagamaan dalam penyampaian maklumat kesihatan pergigian dengan lebih berkesan.

Bagi tahun 2017 ini, Bahagian Kesihatan Pergigian WP Kuala Lumpur & Putrajaya akan memulakan program dengan badan keagamaan masjid dan akan diikuti dengan badan-badan keagamaan lain pada tahun hadapan.


OBJEKTIF:
  1. Meningkatkan kesedaran dan pengamalan terhadap penjagaan kesihatan pergigian di kalangan masyarakat melalui institusi yang mempunyai pengaruh besar pada setiap orang yang beragama.
  2. Menyedarkan masyarakat bahawa kesihatan adalah sebahagian dari amalan agama
  3. Memberikan kaedah amalan penjagaan kesihatan pergigian yang betul kepada masyarakat
  4. Mengukuhkan hubungan antara Bahagian Kesihatan Pergigian dan Badan-badan Keagamaan yang terdapat di seluruh negara.



PELAKSANAAN DI WP KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Penyelaras Program KOA WPKL & P
     1)    Dr Siti Zuriana bt Mohd Zamzuri
       Ketua Cawangan Penjagaan Kesihatan Pergigian, WPKL & P
2)    Dr Desriani bt Jakirman
       Ketua Program KOA WPKL & P merangkap pasukan Dedicated Promotion

Cawangan Penjagaan Kesihatan Pergigian, Bahagian Kesihatan Pergigian WP Kuala Lumpur & Putrajaya dengan kerjasama Dedicated Promotion setiap zon sangat komited memberikan khidmat kesihatan pergigian yang terbaik kepada masyarakat. Sehubungan itu, Program KOA akan diteruskan di masjid-masjid terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya  sebagai salah satu program khidmat masyarakat.

Masjid-masjid yang terdapat di WPKL & Putrajaya adalah seperti berikut
 1)    Zon 1: 10 buah
 2)    Zon 2: 8 buah
 3)    Zon 3: 10 buah
 4)    Zon 4: 12 buah
 5)    Zon 5:16 buah
 6)    Zon 6: 12 buah
 7)    Zon 7: Tiada Masjid. Masjid yang ada di bawah JAKIM

Bahagian Kesihatan Pergigian & Putrajaya amat berbesar hati kerana program ini mendapat sokongan padu daripada pihak JAKIM dan JAWI.


Bersama pihak JAKIM

Kami juga terharu dengan sokongan daripada warga pergigian dan tidak ketinggalan para pembaca tazkirah yang terdiri dari pegawai/pakar pergigian dan penceramah yang terdiri daripada Pakar-Pakar Pergigian WP Kuala Lumpur & Putrajaya.

Hebahan
Hebahan program KOA di WPKL & P ini telah dilakukan melalui:
     
1)    Radio IKIM 
2)    Facebook
3)    Makluman semasa solat Jumaat masjid yang berkenaan seminggu sebelum tarikh KOA
4)    Makluman kepada sekolah-sekolah yang berdekatan
5)    Banner yang diletakkan di masjid


Berikut adalah senarai KOA yang telah dilaksanakan pada tahun 2017
ZON
PERINCIAN PROGRAM

TEMA
TARIKH
TEMPAT
PEMBACA TAZKIRAH

PENCERAMAH
Sudut Tanyalah Pakar
Lembah Pantai
Combining Oral Health and Religion in creating Awareness through Knowledge
(CORAK) - Ilmu dan Kepercayaan Mencorakkan Kehidupan

17/3/2017

dan

16/6/2017

Masjid Negara WP Kuala Lumpur
Dr Ahmad Syarifuddin, Pakar Perunding Kanan Pergigian Periodontik

Putrajaya

28/7/2017
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya

Dr Muhammad Yasin bin Abdul Razak
Cheras
Kenali Status Oral Anda, Cegah Sebelum Parah

“Gigi Sihat, Ummah Sejahtera”

15/9/2017
Masjid Saidina Othman Bin Affan, Jalan Budiman, Bandar Tun Razak,56000 Cheras, Kuala Lumpur
Dr. Muhamad Munauwar bin Mokhtar Mohed
Dr. Balkis binti Ghazali, Pakar Pergigian Restoratif, Klinik Pergigian Cheras
Kepong
Senyuman Sihat Sepanjang Hayat
“Kesihatan Oral Tanggungjawab Bersama”

27/10/2017
Masjid Saidina Hamzah Kampung Batu Muda, Batu 4 ½, Jalan Ipoh Batu 52100 Kuala Lumpur

Dr. Syed Muhammad Qotaddah bin Syed Jamal Nasir
Dr. Intan Azimah bt Azman, Pakar Pergigian Restoratif, Klinik Pergigian Jinjang
Titiwangsa
Kenali Status Oral Anda, Cegah Sebelum Parah

“Gigi Sihat, Ummah Sejahtera”
27/10/2017
Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Dr Kamarul Hisham bin Kamarudin
Pakar Restoratif Klinik Pergigian Kuala Lumpur

Dr Emy Harniza Zurani  Binti Mamat Ariffin















Majlis Pelancaran KOA di Masjid Negara









Program KOA di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya











Program KOA di Masjid Saidina Othman bin Affan, Bandar Tun Razak










Program KOA di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju




















Program KOA di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda



Sesungguhnya program ini mendapat banyak manfaat kepada masyarakat kerana di zaman serba mengejar waktu ini masyarakat lebih memberi keutamaan kepada perkara lain seperti mencari rezeki buat keluarga. Namun hari Jumaat merupakan penghulu hari di mana kaum lelaki akan berhenti sementara waktu untuk mengerjakan solat Jumaat. Di samping itu, masjid juga menjadi tumpuan murid-murid sekolah sebelum mereka menyambung sekolah agama di waktu petang. Oleh itu, menjadi harapan program kesihatan pergigian WPKL&P agar masyarakat meluangkan sedikit masa untuk memeriksa dan bersoal jawab bersama pakar pergigian serta pemberi tazkirah kami.


Untuk makluman semua masyarakat, program KOA ini bukan hanya bertumpu di masjid tetapi juga di kuil agama Hindu dan Buddha. Sebenarnya penyakit pergigian itu boleh dielakkan sekiranya masyarakat sedar betapa pentingnya penjagaan dan pencegahan kesihatan pergigian.



Pegawai-pegawai Pergigian yang terlibat sebagai penyampai tazkirah



“Pencegahan adalah lebih baik dari merawat”





Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home